Saturday, March 24, 2012

ex-students

result SPM dah pun keluar beberapa hari lepas.
tapi aku takde la menggeletis pun nak tau sebab tak terlibat secara langsung.
tapi terharu la jugak coz seramai-ramai budak yang penah ajar masa depa form 2 (around 150 students), ade la 2 orang students yang tergerak jugak hati nak bagitau result diaorang.

dalam kul 11 pagi tu, Nik Mat Kelate tefon (hahaha saja letak nama dia macam tu dalam contact).dia dapat 5A.ok la kan.pastu siap cakap thanx sebab ngajar dia dulu.then khamis malam, kiteretsu sms cakap dapat 3A.siap boleh wat lawak lagi cakap A dia sikit coz dah bagi pada orang lain.banyak la cengkadak ehhh...

tu pasal i dun bother about the results.aku bukan ajar exam classes.kalu ade budak yang still ingat & menghargai ajaran yang tak seberapa tu, rasa hepi la jugak.ade jugak inisiatif to appreciate.budak2 biasa la..dia memang tak nampak dah cikgu2 yang ngajar dia dulu2.cuma nampak cikgu2 yang ade tahun exam jer. (for me, aku anggap ni sebagai balasan.maybe aku dulu pun buat benda yang sama -what goes around, comes around)takpe la...sebab tu ade pepatah kata cikgu macam lilin.bila dah habis guna, memang tak nampak dah.asal budak2 berjaya jadi orang, ok la.syukur alhamdulillah.kalu yang minta tolong doa, doa kan jugak coz bukan susah pun nak buat, kan?

tapi 1 benda yang aku agak menyampah laaa.seminggu sebelum exam, biasanya ade program restu @ minta maaf.masa ni ramai la yang datang minta maaf, nyesal la (konon!) dengan perangai diorang. tapi masa wat perangai tu, ade tak terfikir dalam kepala hotak diorang "macam mana kalu nanti cikgu tak nak maafkan?" .agak2 time tu dia nak terus wat perangai ke tak?

macam tu la manusia (aku jugak).kita kadang2 buat salah dengan harapan ade masa untuk minta maaf (atau bertaubat kalau buat salah pada tuhan).tapi kita lupa nak fikir sama ada orang akan terima ke tak permohonan maaf kita tu.

No comments:

Post a Comment