Friday, May 26, 2023

I regret PITO

I shouldn't say that. Sedangkan semua yang berlaku ni qadak dan qadar. Memang Allah dah letak kita kat mana kita sepatutnya berada. Tapi gitu la. Dalam hati tetap terselit rasa menyesal daftar pito sebab keja dia banyak sangat. Aku tak jumpa lagi geng sama batch yang cakap tak menyesal, tak stress.
If I found someone/ blog yang citer keadaan amik pito macam mana, pasti aku tak daftar. Masa interview/taklimat, takde pun cite pasal assignment banyak, time praktikal banyak kali kena observe,lecturer kejar assignment...OK, benda ni semua aku cite satu2 japgi. Masa interview/taklimat dengar yang indah2 je..nanti dapat convo coz ni kira ijazah lanjutan, dapat tambah opsyen. Pasal tukar/tambah opsyen, ada cara lain lagi. Last year da ada keluar pekeliling utk apply tukar opsyen ke BI. Try tanya ofis. Antara syarat yang aku ingat dapat C1&C2, ngajar 3 tahun berturut2 kalau tak silap. Sila la cari surat tu kat ofis kalau taknak pening kepala. Meh aku start cite dari semester 1.

Sem 1 belajar pasal grammar tu semua. No problem. Kelas semua online, assignment banyak. Ada yang ada markah, carry marks dalam exam, ada quiz google form. End of semester time cuti sekolah bulan 9, ada exam 2 papers secara online. Kena on camera sambil jawab exam 2 jam each paper. Masa sem 1 ni, banyak petang jugak la aku study tepi padang. Masa tu jaga budak training. Jadi,aku jawab la soalan quiz atau  cari points untuk assignment. Result assignment cantik,yang ada exam semua teruk HAHAHAHA (sedih tengok ayat "teruskan pengajian")

Sem 2 banyak belajar pasal kaedah pengajaran. Yang ni ada buat lesson plan yang berjela tu, rekod pdp, rekod story telling. Takde exam. Assignment je ada markah. Alhamdulillah semua 5 paper markah 80++. Paling takleh blah assignment writing. Yang 1st tu 1000 words. Yang kedua, 2000 words. Tak nampak signifikasi dengan pdp sebab esei budak dalam exam pun 180 words je. Masa tu memang mengarut banyak sebab nak bagi panjang. Kalu stick betul2 kat topic, memang tak dapat 2000 words. 

Jadual kursus. Boleh tengok betapa pack masa dia. Dalam 15 hari ada lebih kurang 10 kuiz google form & 3/4 assignments. 

Sem 3, which is now. Start je pito tu, boleh kata aku hari2 balik lepas pukul 3. Ye la..time kelas, memang ko kena hadap je la budak2 tu. nak setel hal kelas, pito, keja2 kerani lain, deco kelas..semua buat lepas 1pm. See, betapa stress tahap gaban aku. Selama ni period teratur je. Kalu lewat sehari 2 tu normal. Sekali bulan puasa baru ni sampai 15 hari lewat. 


Orang yang susun modul pito ni pun satu hal. Nak jurnal la, refleksi tu kena buat setiap step tau. Bukan secara keseluruhan macam biasa. Lesson plan tak leh sama. Tugas2 kat sekolah tetap on macam biasa. Jangan mimpi la nak praktikal dengan 8 masa macam dalam surat. Dengan tak cukup cikgu, jangan mimpi la nak ngajar 2 kelas je. Aku 30 masa. Pastu campur la relief lagi. Kena prepare file pito lagi. Nak pasal koko la, maklumat sekolah laa..poyo gila. Ni kira nak lepas geram jugak la kan. Sebab PENAT!!! Pastu dapat jawatan baru. Keja tak penah buat. 1 kejadian jugak tu nak belajar. Ade je lesson plan atau jurnal yang aku pun tak paham apa aku taip. Lantak la. Ni tahap da tak peduli apa nak jadi. Janji hujung bulan 6 ni PITO habis dan tak payah nak fikir lagi. Berapa markah dapat,atas pagar ke apa..lantak laa. Kalau fail pun, tak kena buang keja kan. Tak potong gaji kan. Setahu aku laa..sebab bukan kesalahan jenayah pun sampai nak kena tatatertib kan. Ni pun nasib baik lecturer tak datang observe depan2 sebab takde peruntukan. Aku doa tak datang terus la. Nak rakam lesson plan tu pun 1 kejadian jugak. Nak prepare segala benda..memang emotionally and mentally straining. Rasa serabut yang takleh bincang. Kaktus aku berapa banyak dah arwah sebab balik sekolah je terus terbaring. Kadang paksa gak diri taip 1/2 perenggan malam2. 

Kes aku ni tak tukar opsyen pun takpe. Bukan nak masuk management pun. Lagi nak pencen cepat ada. Sejak praktikum ni, aku da tambah doa supaya Allah mudahkan urusan aku untuk pencen. Dah la..bertahan la lagi 2 minggu. Cepat la minggu exam. Boleh skip lesson plan tu 🤕

(Biasa aku akan kutuk penulis yang campur2 BM dan BI dalam satu ayat. Sorry. Post kali ni memang caca merba)