to be honest..aku takde sebab spesifik kenapa boleh terjebak.
mula2 tu..buat coz tengok youtube macam seronok je...godek2 sket pastu tara!! jadi benda yang cantek (lepas deco)-tapi nak cantikkan tu bukan senang ye
bila fikir balik..kenapa eh aku terjebak?
secara semulajadinya aku memang suka makan kek/western/roti
so aku pun cari la resepi2 makanan yang aku suka.pastu try buat
tapi biasanya benda2 ni, untuk 4,5 orang makan.
so, aku kena la bagi orang lain makan sama
some of them liked it. pastu..agaknya segan nak makan free, order la dengan aku.
why not kan? dapat gak duit extra..daripada aku stress, balik tido tak dapat apa melainkan air liur meleleh kat bantal or even worse kepala pening coz overdose tido
so, aku start la amik order. awal2 dulu memang beli buku masakan + google resepi +kelas kat kolej komuniti...tapi sekarang (zaman dah maju) aku belajar je secara online. setiap resepi tu boleh tahan gak la harga dia.biaa rm50/ resepi....tapi biasanya aku tunggu time promo..dapat la rm40/ resepi.
nothing comes free in this world ok
having said that..aku belajar resepi2 yang permintaan banyak macam cream puff,biskut..pastu kek2 yang aku belajar tu,lebih pada tekak sendiri. but still laku keras laa kalau open order untuk slice.
OK la tu kan....aku dapat gak makan 1 slice (atau 2) daripada sebiji saiz 10" yang aku buat
cumanya...dari segi harga tu. kawan aku yang jual kek jugak, mesti akan cakap apsal murah? tapi deep down inside..aku rasa kawan2 aku yang tak penah jejak kedai baking ingredients akan kata mahal. ntah la..maybe aku yang paranoid.
tapi bila ada yang nak order benda sedap (masuk bakul weyhh) yang diorang makan..mesti minta nak 1/2 adunan atau terus tak jadi order
rasanya aku dah kira betul dah..total semua bahan yang aku guna then darab 2...and the best part...modal yang aku kira cuma bahan2..takde pun campur kos petrol+elektrik+air+skill tapi takpe...skill aku pun masih ke laut lagi. kalau deco cake tu..masih belum dapat sharp edge + smooth surface
nanti kalau aku attend deco class..memang harga kek aku akan jadi 100++
(serious talking ni) sama la macam service centre...spare part harga lain,upah harga lain
lagipun benda2 mahal ni, bukan makan selalu..so it's ok to splurge sometime kan
so sekarang...maybe reason aku baking ialah
1.DUIT
2.release stress
jom layan gambar2 kek/biskut yang aku buat
dark chocolate sea salt cookies
burned cheese cake
mars chocolate white cake
rose lime cake
raspberry ripple
red velvet
chocolate praline
chocolate praline
peanut butter chocolate cake
kek sirap bandung
sumber google
nampak sweet je dengan ribbon tu
paling jatuh chenta dengan yang ni
sumber google
ruffled porcelain
sumber google
wooden
No comments:
Post a Comment